Persoalan Agama: Manusia disunat perbanyak ingati mati
Soalan:
Ada yang mengatakan bahawa orang yang hendak menghadapi kematian akan berasa sangat dahaga. Selain itu, ada pelbagai cerita mengenai saat nyawa dicabut daripada jasad. Kadangkala saya sendiri tidak tahu adakah gambaran itu benar atau tidak kerana penceramah tidak pula menyatakan sumbernya sama ada daripada al-Quran atau hadis. Saya bimbang gambaran itu mungkin tidak begitu tepat. Apakah gambaran sebenar mengenai saat menghadapi kematian mengikut al-Quran dan hadis? Junaidi Omar,Kulim, Kedah
Jawapan:
Kematian adalah saat perpisahan antara roh dan jasad. Dengan kata lain terputusnya fungsi roh dalam mengendalikan tubuh badan fizikal seperti berfikir, bergerak, makan minum dan sebagainya. Manusia disunatkan mengingati mati, kerana Rasulullah ada bersabda “Perbanyakkanlah mengingati perkara yang meng-hancurkan kelazatan (yang memutuskannya dengan segera iaitu mati)” (Riwayat Ibnu Hibban).
Saat menghadapi kematian adalah saat yang penuh kritikal dikenali sebagai nazak iaitu saat roh ditarik bermula dari hujung kaki lalu menjalar dari segenap bucu tubuh sehingga keluar dari tubuh melalui ubun-ubun. Rasulullah SAW juga mengalami saat ‘sakarat’ (kesakitan) sebelum Baginda SAW wafat. Berdasarkan hadis Aisyah RA, ketika Nabi SAW dalam keadaan nazak, di hadapan Rasulullah SAW terdapat satu bekas berisi air. Lalu Baginda mencelupkan tangan dan menyapu muka dengan air itu berkali-kali sambil berkata: “Tiada tuhan melainkan Allah, sesungguhnya mati itu mempunyai ‘sakarat’ (kesakitannya).” (Riwayat al- Bukhari)
Gambaran ketika manusia menghadapi sakaratul maut ini juga digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan daripada Ubadah bin Somit katanya, Rasulullah SAW bersabda “Apabila seseorang mukmin hampir mati, dia akan diberitahu dengan berita gembira iaitu keredaan dan kemuliaan Allah SWT ke atasnya. Tidak ada sesuatu yang dia lebih disukai daripada apa yang ada di hadapannya. Bagi ahli neraka yang hidup berakhir dengan suul khatimah (kesudahan yang buruk), dia akan diberi berita gembira dengan azab neraka, sedangkan dia berada dalam suasana yang penuh menakutkan.” (Riwayat al- Bukhari).
Apa yang penting pada saat ini ialah orang yang berada di sisi orang yang sedang nazak perlu mengajar melafazkan kalimah syahadah secara mudah dan lemah lembut bagi membantu menetapkan pendirian mereka dalam bersangka baik kepada Allah Taala yang akan mengampunkan dosanya dan kerana Rasulullah SAW ada bersabda dalam hadis Qudsi “Aku berada di sisi sangkaan hambaKu terhadapKu.” (Riwayat al- Bukhari).
***********
Dalam sehari, berapa kali terdetik di hati tentang mati? Kita digalakkan untuk mengingati mati, bukan untuk berputus asa, tetapi supaya kita sentiasa bersedia. Bersedia menghadapi sakaratulmaut, bersedia menghadapi mungkar dan nangkir, bersedia dengan alam barzakh dan seterusnya alam akhirat. Bersediakah kita? Dapatkah kita menjawab soalan "Siapa Tuhan kamu?" Adakah kita akan dapat menjawabnya selancar kita menjawabnya sekarang?
Sometimes terfikir, bayangkan bila bangun pagi, dah tak dpt cium erina, erina dah tak rasa mummy's hugs, erina akan terus nangis sbb mummy tak bangun-bangun buatkan susu..bayangkan bila erina kejutkan "mummy, bangun dah siang!" mummy tak jugak bangun2.. bygkan bila pegi office, tau2 dah terbaring kat atas jalan, ditutup dgn suratkhabar.. ataupun, tgh lunch terus rebah.. or blk rumah, masuk bilik air, tergelincir terus tak sedar diri..atau tgh sepak bola kat tgh padang, tetiba terjelepuk jatuh.. atau tgh swimming tiba2 lemas, naik ke darat dah tak bernyawa.. or... tido malam, look forward to esok.. tau2 dah ade org menangis kat sebelah... pernah tak terfikir mcm mana kita akan mati? sudden ke or sebab sakit ke? kalau sbb sakit, ade ke kita susahkan sesiapa? ade ke org nak jaga kita masa kita sakit? sabar ke kita masa hadapi sakit tu? siapa ade kat sebelah kita masa sakarat? ade ke org yg nak ajar kita mengucap? dpt ke kita mengucap??? akan takutkah kita masa tuh? or adakah kita akan rasa tenang dan gembira utk bertemu Allah swt? apa my last words to Erina? ade tak pesan kat dia suruh jaga diri baik2? ade tak ckp kat dia mummy sayang erina sangat-sangat? what's my last word to mak abah? ade tak kecikkan hati diorang? bila last sekali ckp terima kasih kat diorang? bila last sekali mintak maaf dari diorang? dgn friends and org lain.. ade tak kecik kan hati diorang? kadang2 bila marah kita kata tak kuasa nak fikir psl org lain.. tp mcm mana kalau disebabkan bende yg kita tak fikirkan tuh, kita tak lancar utk mengucap dua kalimah syahadah? then bygkan camana keadaan kita kat dlm kubur.. terang ke kubur kita? sempit ke luas? ade byk ulat ke or ada sungai yg sejuk? kat dunia ni kita sedih&sunyi&takut tinggal sorang, tapi kat dlm kubur tu bukan ke kita akan sure nya sorang.. mana ade abg..mana ade erina.. mana ade mak abah.. tunggu kat akhirat la kalau dpt jumpa pun.. pastu kalau ade org ingat nak doakan utk kita, alhamdulillah, kalau Allah swt izinkan mungkin la dpt tolong kita..tp amalan kita sendiri? cukup ke? cukup ke sembahyang kita? kita sembahyang tunggang terbalik, tp Allah swt terima ke?pernah tak kita check masa kat dunia and doa semoga Allah swt terima solat kita? bacaan Quran kita cukup ke? betul ke? kita baca Yassin sedekahkan utk org yg dah tinggalkan kita, tp pernah tak kita sendiri ambik pengajaran dari surah Yassin yg kita baca tuh? cukup ke bergantung pada doa org yg kita tinggalkan supaya kita dihimpun kan bersama kekasih-kekasih Allah swt? what have we done to help ourselves?wallahualam..
memang kalau fikir2 rasa takut..mintak maaf if ada yg tersinggung.. tak bermaksud apa2..cuma kadang2 terfikir dlm hati sendiri je..hmm.. tp tu la.. diri ni still byk bende nak kena improve.. sometimes kita tau apa kita kena buat..tp biasa la.. iblis tu kan sentiasa ade je nak hasut kita.. iman tak kuat la tuh... mungkin solat belum cukup sempurna, pengetahuan Al-Quran pun cetek.. kesabaran pun tak cukup..pengalaman mmg byk mengajar.. walaupun Allah swt bg experience menghadapi kematian org yang paling tersayang, paling dikasihi, paling rapat, my soulmate yg selalunya i could read his mind, i could read his expressions.. tp rasanya i still have no clue how sakaratulmaut is.. sakitnya masa nyawa ditarik.. and the excitement (insya Allah, amin..) or the fear to meet Allah swt.. semoga Allah swt berikan petunjuk.. semoga kita tergolong dlm kalangan hamba-hamba Allah yang takutkan mati kerana takutnya dan cintanya kita pada Allah swt.. bukan kerana takut nak tinggalkan dunia.. amin....
3 comments:
i was thinking of the same thing..lately
Allah had taken the most important person from us and because of that, death is constantly on our mind... and though we are hurting, we should thank HIM for that gift.
it's a beautiful gift indeed.it's one of HIS blessings despite all the pain. insya Allah, more will be revealed as time goes by..
Post a Comment