Friday, April 4, 2008

Hakikat musibah

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apapun yang menimpa seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apapun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya."

(HR. Muslim)

Sabdanya lagi yang bermaksud:

"Tiada musibah apapun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenari dirinya."

(HR. Bukhari & Muslim)

Hidup di dunia ini memang tidak sunyi dari senang dan susah, dari suka dan duka yang datang silih berganti. Barangsiapa yang menyangka bahawa hidup ini hanya kesenangan, kegembiraan serta kemewahan semata atau menyangka sebaliknya bahawa hidup ini hanya kesusahan, kesedihan, kesempitan selama-lamanya, maka sudah pasti sangkaannya itu adalah sangkaan yang salah. Di antara kesenangan dan kesusahan itulah merupakan seni kehidupan, dan ianya juga telah merupakan sunnatullah pada alam semesta ini.

(RAHMAT DISEBALIK DUGAAN, Kasmuri Selamat M A, Darul Nu'Man, ms 2-4)

No comments: